A S S A L A M U A L A I K U M

Tuesday, April 28, 2009

Istilah-istilah Tasauf

1. Nafsu Lawwamah ialah nafsu yang mengkritik diri sendiri apabila berlaku sesuatu kejahatan dosa ke atas dirinya. Nafsu ini lebih tinggi sedikit dari nafsu Ammarah. Contohnya jika tertinggal solat umpamanya timbullah rasa kecut hati kerana menyesal di atas perbuatan itu lantas segera mengqada'kannya kembali tanpa bertangguh lagi di samping memohon keampunan kepada Allah di atas kesilapan itu.

2. Nafsu Mutmainnah ialah nafsu yang sudahpun terkikis darinya sifat-sifat tercela. Di antara sifat orang yang mempunyai nafsu jenis ini ialah bermurah hati, tawakkal kepada Allah, bijaksana, kuat ibadat, syukur, reda, taqwa dan lain-lain.


3. Kasyaf bermaksud Allah SWT menyingkap hijab dari mata hati seseorang sehingga ia dapat melihat sesuatu itu dalam bentuknya yang sebenar dan dapat juga melihat perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Kasyaf ini terikat dengan sejauh mana ia tidak bertentangan dengan isi ajaran Al-Quran dan juga Al-Hadith. Jika bertentangan dengan kedua sumber ini hendaklah ditolak kerana ia bukannya ilham yang datang dari Allah sebaliknya datang dari syaitan.

4. Ilham Ladunni atau Ilmu Ladunni lebih tepatnya ialah ilham yang dianugerahkan oleh Allah SWt kepada seseorang hambanya yang bertaqwa tanpa melalaui proses pembelajaran biasa. Ia dianugerahkan semata-mata hasil daripada pengabdian diri kepada Allah, ikutan terhadap sunnah Rasulullah SAW, beramal dengan ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu dari ajarann Rasulullah SAW. Ilham ini juga terikat dengan sejauh mana ianya tidak bercanggah dengan isi kandungan Al-Quran dan juga hadis sebagaimana juga kasyaf.

5. Siddiqin bermaksud orang-orang yang sangat benar merangkumi benar dengan Allah, benar dengan rasul, benar dengan diri sendiri dan juga benar dalam pergaulan dengan masyarakat. Istilah-istilah ini biasanya digunakan oleh para ulamak Islam dalam penulisan mereka.

6. Muhaqqiqin bermaksud orang yang dapat menilai dan menganalisa sesuatu dengan tepat. apabila disandarkan kepada ulamak, maka ia membawa maksud ulamak yang dapat menilai dan menganalisa sesuatu hadis itu dengan tepat sama ada ianya benar ataupun tidak.

Saturday, April 18, 2009

Keistimewaan Wanita Menurut Hadis..

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. 3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga. 5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. 9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya. 12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya." 13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk mem
bela agama Allah SWT.

Wednesday, April 15, 2009

SAHABAT


Jika kamu memancing ikan.. setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.. jgn sesekali kamu lepaskan ia...semula ke dalam air begitu sahaja.. kerana ia akan sakit oleh kerana....bisanya...ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..

Begitulah jua setelah kamu memberikan banyak pengharapan dan kepercayaan kepada seseorang kawan...
setelah ia mula merpercayai kamu sebagai sahabat hendaklah kamu menjaga hatinya.. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.. kerana dia akan
terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu sebagai insan yg bernama sahabat...

Jika kamu menadah air, biarlah berpada.. jangan terlalu berharap pada takungannya.. dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar keperluanmu.. Apabila sekali ia retak.. tentu sukar sekali utk kamu menampalnya semula.. akhirnya ia dibuang.. sedangkan jika kamu cuba membaikinya semula.. mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika kamu memperoleh seorang sahabat yg sejati .. terimalah dia seadanya..janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa.. anggaplah dia manusia biasa.. apabila sekali melakukan kesilapan.. bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu tinggalkan dia sedangkan, jika kamu memaafkan, boleh jadi hubungan kamu akan
bertambah baik....Cintailah kerana Allah dan bencilah kerana Allah... Sesungguhnya hak ini adalah merupakan ikatan iman yang paling kuat...